|
|
|
PRODUK & PERKHIDMATAN
Klik Menu Bar
|
| Utama > Perihal Harisons > Jenama

Alinas Sdn Bhd
Alinas ditubuhkan pada tahun 70an di Bukit Mertajam – Seberang Perai. Bermula dari sebuah kedai satu tingkat dan kemudian pada tahun 80an kedainya diubahsuai dan ditambah menjadi empat tingkat. Fokus utama perniagaan ketika itu adalah di penempatan orang melayu di kawasan utara dengan menjual barang tenunan dan kain, hiasan dan kelengkapan bilik tidur dan juga hiasan dalaman rumah yang berkaitan dengan majlis formal dan majlis perkahwinan – tiada sebarang servis & perkhidmatan disediakan pada waktu itu.
Alinas telah memilih warna “Arad Green” sebagai warna skema korporatnya. Kemudian pada pertengahan tahun 80an Alinas telah berpindah ke Jalan TAR di Kuala Lumpur. Pada tahun 1993, Alinas telah menubuhkan semula empayar peniagaannya di Lot 55 dengan pelbagai koleksi dan pilihan visual produk: barang tenunan dan kain, hiasan dan kelengkapan bilik tidur, serta hiasan dalaman rumah. Kebanyakan dari item fabrik itu diimport dari tempat-tempat yang berbeza di serata dunia. Pada pertengahan tahun 2005, Alinas telah dinamakan semula dan diubahsuai serta ditempatkan di 229, Jalan TAR – seberang SOGO KL dengan wajah baru dan telah mengubah logo dan identitinya dengan mengfokus kepada pelanggan dari kelas medium sehingga atasan. Alinas sentiasa mengikuti corak perniagaan dan konsep yang terbaru seiring dengan permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan butik perkahwinan.
klik sini untuk melawat laman web Alinas. |
|
|
|